Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kenyataan MFA mengenai penyambungan semula kegiatan pelancongan ke Indonesia

Jul 3, 2020 | 10:17 PM
Kedua-dua Menteri bersetuju mengenai pentingnya menjaga kerjasama dua hala yang positif walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini. - FOTO: Fail.
Kedua-dua Menteri bersetuju mengenai pentingnya menjaga kerjasama dua hala yang positif walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini. - FOTO: Fail. -

KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) telah mengeluarkan kenyataan mengenai pembukaan semula kegiatan pelacongan ke Indonesia pada Jumaat (3 Julai).

Menjawab pertanyaan media, seorang jurucakap MFA berkata:

"Pada 2 Julai 2020, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan telah menerima panggilan telefon daripada Menteri Penyelarasan Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, yang menyampaikan ucapan selamatnya (kepada Dr Vivian), sedang beliau (Encik Luhut) berada dalam kunjungan ke Batam dan Bintan.

"Kedua-dua Menteri bersetuju mengenai pentingnya menjaga kerjasama dua hala yang positif walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19 ini.

"Panggilan itu tidak membincangkan secara khusus berkaitan penukaran atau kerjasama pelancongan.

"Singapura secara bertahap sedang membuka semula sempadannya secara progresif dan teratur, sambil memastikan kesihatan dan keselamatan warga Singapura dan pelawat antarabangsa kita.

"Pada masa ini, rakyat Singapura masih dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan ke luar negara."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg