Kenyataan Muis
MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) prihatin dan bersedih mengetahui tentang penangkapan belia yang merancang melakukan pengganasan yang disasarkan kepada dua masjid di Singapura. Kami mengecam semua tindakan keganasan, yang tidak mempunyai tempat dalam apa jua agama.
Perbuatan ini akan meruntuhkan masyarakat. Ini adalah peringatan suram akan adanya ancaman radikalisasi dalam talian, dan bersama-sama dengan media sosial yang mempengaruhi kehidupan kita, ia membawa bahaya ideologi ekstremis ke rumah kita. Kita amat prihatin terhadap belia kita.
Muis mengingatkan orang ramai bahawa kes itu adalah kejadian terpencil, dan kita bernasib baik bahawa agensi keselamatan dapat mengesannya lebih awal.
Institusi agama kita juga telah mempersiapkan senario seperti di bawah Rangka Kerja Keselamatan SG dan Program Persediaan Krisis bagi Pertubuhan Keagamaan (CPRO).
Kita berterima kasih di Singapura, kita memiliki ikatan rapat persahabatan dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan kepimpinan mereka serta tidak akan membenarkan sebarang tindakan pengganasan oleh individu yang tersalah arah tuju mengancam fabrik sosial kita.

