Topik diikuti
Pergi ke BHkuKenyataan Muis bagi menjawab pertanyaan BH mengenai arahan menghentikan import bekalan daging dari rumah sembelih luar negara
Kenyataan Muis bagi menjawab pertanyaan BH mengenai arahan menghentikan import bekalan daging dari rumah sembelih luar negara
Kenyataan Muis bagi menjawab pertanyaan BH mengenai arahan menghentikan import bekalan daging dari rumah sembelih luar negara

KENYATAAN MUIS BERHUBUNG DENGAN PERTANYAAN BERITA HARIAN MENGENAI KESAHIHAN STATUS HALAL BEKALAN DAGING THOMAS FOODS INTERNATIONAL
MAJLIS Ugama Islam Singapura, selepas satu siasatan yang dijalankan bersama beberapa pihak yang terlibat, telah mengarah pemilik sijil halalnya agar serta-merta menghentikan penggunaan dan import produk daging daripada rumah sembelih Thomas Foods International Lobethal (TFIL).
Ini adalah kerana hasil siasatan itu menunjukkan terdapat landasan kukuh bagi merumuskan kesahihan status halal bekalan daging daripada rumah sembelih TFIL itu telah dikompromi.
Penemuan Muis adalah bersandarkan fakta dan input yang dibentangkan pihak berkuasa yang cekap.
Muis juga sedang berhubung dengan pemegang sijil yang telah mengimport daging daripada TFIL agar mendapatkan bekalan daging daripada pembekal halal alternatif yang sah.
Selepas ini, Muis akan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pemegang sijilnya mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sebarang penggunaan bekalan tidak halal dianggap melanggar piawaian halal Muis.
Muis sangat komited dalam mengekalkan kesahihan bekalan makanan halal kepada masyarakat Muslim di Singapura.
