Topik diikuti
Pergi ke BHkuKepimpinan, komitmen pelajar dalam kerja sukarela diiktiraf
Premium
Kepimpinan, komitmen pelajar dalam kerja sukarela diiktiraf
Kepimpinan, komitmen pelajar dalam kerja sukarela diiktiraf
TUNGGAK KEJAYAAN: Pemenang Anugerah S.T.A.R, Siti A'dlina Md Yussoff (dua dari kiri), memperkenalkan Encik Ong Ye Kung kepada (dari kanan) ibunya, Cik Hasnah Bakar; kakaknya, Cik Siti Amalina; dan bapanya, Encik Md Yussoff Hussain; yang menggalakkannya terlibat dalam kerja sukarela. - Foto ZAINAL YAHYA -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 28, 2017 | 5:30 AM
DAYA kepimpinan dan keihsanan pelajar Sekolah Menengah Springfield, Siti A'dlina Md Yussoff, dikesan sejak dilantik gurunya agar menggerakkan projek sekitaran yang mengajar orang awam tentang proses kitar semula barangan.
Sejak itu, dia semakin teruja melibatkan diri dalam kegiatan sukarela Values In Action (VIA) di sekolahnya, yang bertujuan mencorak pelajar menjadi warga Singapura yang mampu menyumbang kepada masyarakat menerusi pembelajaran dan penerapan nilai, ilmu dan kemahiran.
