Topik diikuti
Pergi ke BHkuKepuasan ibu 4 anak setiap kali lihat senyuman golongan yang dibantu
Kepuasan ibu 4 anak setiap kali lihat senyuman golongan yang dibantu
Kepuasan ibu 4 anak setiap kali lihat senyuman golongan yang dibantu
TEBAR IHSAN BUAT GOLONGAN MEMERLUKAN: Cik Suryati Wahid (atas) senangi kerja sukarela seperti menyiapkan beg cenderahati berisi makanan dan keperluan menjelang Tahun Baru Cina, yang mendekatkannya dengan warga emas memerlukan. - Foto STANDARD CHARTERED BANK -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 24, 2019 | 5:30 AM
Dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan tahun lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggalak rakyat Singapura lebih berkemampuan agar membantu golongan kurang bernasib baik, tidak mengira bangsa atau agama. Semangat menyumbang semula kepada masyarakat itu ternyata mekar dalam diri beberapa individu berikut. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.
SETIAP kali mendekati warga emas di rumah kebajikan bagi kerja sukarelanya, Cik Suryati Wahid akan sebak terkenangkan arwah ibu bapanya.
