Premium
Semua 680 kuota haji diisi jemaah tahun ini
Oct 6, 2016 | 5:30 AM

SELAMAT PULANG: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berinteraksi dengan salah seorang anggota jemaah, Encik Omar Ismail (keempat dari kiri), dan keluarganya yang menanti kepulangan beliau di Lapangan Terbang Changi semalam. Bersama Encik Omar ialah anaknya, Cik Sumarni (bertudung kuning) dan Encik Mohd Ridzuan, yang mendukung anaknya, Mia Alayna. - Foto TUKIMAN WARJI -
KESEMUA 680 kuota haji tahun ini berjaya diisi dengan hampir 90 peratus jemaah merupakan jemaah kali pertama.
Ini dikongsi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, apabila ditemui media semasa menyambut kepulangan 108 jemaah haji di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, semalam.

