Topik diikuti
Pergi ke BHkuKeputusan
Premium
Keputusan
Lebih dua juta rakyat Singapura membuang undi di 832 pusat mengundi semalam. Selepas pusat mengundi ditutup tepat pada 8 malam dan setelah hasil undi dikira, rakyat Singapura menyuarakan keinginan supaya Parti Tindakan Rakyat (PAP) kekal memerintah sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun mendatang. Keputusan Pilihan Raya Umum 2015 menunjukkan terdapat gelombang perubahan di peringkat nasional yang kembali kepada PAP, berbanding Pilihan Raya Umum 2011. Dengan memenangi 83 kerusi Parlimen, PAP akan kembali membentuk pemerintah dan mengorak hala tuju negara ini.
Sep 13, 2015 | 12:00 PM
Keputusan

Gambar ERVINA MOHD JAMIL -
