Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keputusan GCE 'O' diumum 14 Januari

Jan 7, 2019 | 3:25 PM
GCE PERINGKAT 'O': Pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu akan mendapat keputusan mereka pada 14 Januari 2019.
GCE PERINGKAT 'O': Pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu akan mendapat keputusan mereka pada 14 Januari 2019. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

KEPUTUSAN peperiksaan GCE peringkat 'O' 2018 akan diumum Isnin depan (14 Januari), menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Calon boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing pada 2 petang hari itu, kata MOE dalam kenyataannya hari ini (7 Januari).

Calon swasta pula akan diberitahu keputusan melalui pos. Kertas keputusan akan dihantar pada 14 Januari kepada alamat yang diberikan semasa pendaftaran.

Mereka yang mempunyai akaun SingPass juga boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di laman web Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura.

Menurut MOE, pelajar yang ingin memohon memasuki maktab rendah, Institut Millennia, politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukan demikian menerusi Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg