Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Keputusan GCE ‘N’ pada 18 Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan GCE ‘N’ pada 18 Dis

Dec 11, 2023 | 06:10 PM



Pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat ‘N’ tahun ini akan menerima keputusan mereka pada 18 Disember 2023.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing mulai 2 petang.

Para pelajar akan menerima butiran mengenai aturan pengambilan keputusan itu daripada sekolah masing-masing.

Demikian diumumkan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada 11 Disember.

Calon sekolah yang kurang sihat tidak harus pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka.

Mereka yang tidak dapat mengambil keputusan mereka di sekolah boleh melantik seorang wakil untuk berbuat demikian.

Calon persendirian boleh mengakses sistem keluaran keputusan dalam talian SEAB mulai 2.45 petang pada 18 Disember menggunakan akaun Singpass mereka atau akaun yang mereka buat semasa pendaftaran.

Mereka yang memperoleh markah agregat kelayakan boleh dinaikkan ke menengah lima pada 2024.

Semua calon yang memohon mengikuti kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian melalui laman web ITE dari 2.30 petang 18 Disember hingga 5 petang pada 21 Disember.

Mereka yang ingin mengisi borang permohonan cetak boleh berkunjung ke pusat pelanggan dan pelawat di salah satu daripada tiga kolej ITE di Ang Mo Kio, Choa Chu Kang dan Simei.

Bagaimanapun, mereka mesti membuat janji temu melalui telefon atau e-mel terlebih dahulu.

Pelajar yang layak bagi Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP) akan menerima tawaran untuk memohon bagi program tersebut.

DPP membolehkan pelajar yang tamat pengajian kursus Nitec Tinggi selama dua tahun di ITE dan meraih purata mata gred (GPA) kelayakan untuk meneruskan pengajian dalam kursus diploma politeknik terpilih.

Keputusan kemasukan bagi DPP akan dikeluarkan pada 2 petang, 22 Disember, dan keputusan kemasukan ke ITE pula pada 9 pagi, 29 Disember.

Mereka yang menerima tawaran ke ITE harus menerima atau menolaknya antara 29 Disember 2023 dengan 3 Januari 2024.

Calon yang layak bagi DPP pula perlu berbuat demikian antara 22 Disember dengan 27 Disember.

Kenyataan itu menambah permohonan bagi Program Yayasan Politeknik akan dibuka pada Januari 2024.

Di bawah program setahun itu, pelajar Normal (Akademik) tidak perlu menduduki GCE ‘O’ dan boleh mengikuti kursus diploma.

Selepas menerima keputusan GCE ‘N’, pelajar boleh berjumpa guru, atau kaunselor bimbingan pendidikan dan kerjaya di sekolah mereka, mengenai langkah mereka yang seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >