Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keputusan GCE ‘O’ 2024 keluar pada 10 Jan

Jan 3, 2025 | 4:03 PM
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah menengah mereka mulai 2.30 petang, pada 10 Januari.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah menengah mereka mulai 2.30 petang, pada 10 Januari. - Foto ZAOBAO

Keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ 2024 akan dikeluarkan pada 10 Januari.

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah menengah masing-masing mulai 2.30 petang pada hari itu, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada 3 Januari.

Sekolah akan berkongsi butiran pengaturan pengambilan keputusan dengan calon. 

Calon yang tidak dapat hadir untuk mengambil keputusan mereka boleh melantik wakil untuk mengambilkannya bagi pihak mereka.

Wakil tersebut perlu mengemukakan dokumen yang relevan untuk pengesahan oleh pihak sekolah semasa pengambilan keputusan.

Calon sekolah hendaklah menghubungi sekolah mereka untuk mendapatkan bantuan jika mereka tidak dapat melantik wakil.

Calon persendirian yang mempunyai akaun Singpass boleh mengakses keputusan mereka dalam talian melalui Portal Calon Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (Seab), dari 3.15 petang pada 10 Januari hingga 11 malam pada 24 Januari.

Mereka yang tidak mempunyai akaun Singpass boleh mendapatkan keputusan mereka di portal tersebut menggunakan akaun yang mereka cipta semasa mendaftar peperiksaan GCE peringkat ‘O’ itu, lapor The Straits Times (ST).

Kededua calon sekolah dan persendirian akan menerima salinan digital Borang A melalui alamat e-mel berdaftar mereka mulai 3 petang pada 10 Januari.

Ia akan menunjukkan keputusan peperiksaan serta kursus yang mereka layak memohon.

Calon boleh menghantar pilihan kursus mereka dari 4 petang pada 10 Januari hingga 4 petang, 15 Januari, melalui Sistem Internet Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE-IS).

Mereka juga digalakkan agar melengkapkan lembaran kerja JAE sebelum menghantar permohonan dalam talian mereka, kata MOE.

Keputusan penempatan JAE dijadual dikeluarkan pada 4 Februari melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan portal JAE-IS.

Pemohon yang mendapat tawaran di maktab rendah (JC) atau Institut Millennia (MI) perlu melaporkan diri di institusi tersebut pada 5 Februari.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada hari tersebut atas sebab yang sah, mereka perlu menghubungi institusi berkenaan untuk mengesahkan bahawa mereka menerima tempat yang telah ditawarkan.

Pemohon yang ditempatkan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima e-mel dengan butiran pendaftaran pada 4 Februari, manakala pemohon yang ditempatkan di politeknik akan menerima butiran pendaftaran mereka pada akhir Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg