Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keputusan GCE ‘O’: 87.7% lulus sekurang - kurangnya 5 subjek 

Ia naik sedikit berbanding 86.8% pada tahun sebelumnya
Jan 10, 2025 | 3:30 PM
Seramai 22,661 calon peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ 2024 menerima keputusan mereka pada 10 Januari.
Seramai 22,661 calon peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ 2024 menerima keputusan mereka pada 10 Januari. - Foto ST

Sekitar 87.7 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ pada 2024, naik sedikit berbanding 86.8 peratus pada 2023.

Daripada 22,661 pelajar yang menduduki peperiksaan, 19,884 (87.7%) daripada mereka lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran.

Bilangan pelajar yang lulus sekurang-kurangnya tiga subjek naik sedikit daripada 96.7 peratus pada tahun 2023 kepada 97.3 peratus pada 2024.

Bilangan pelajar yang lulus sekurang-kurangnya satu subjek pula kekal pada 99.8 peratus.

Prestasi itu setanding dengan prestasi calon peperiksaan GCE peringkat ‘O’ pada tahun-tahun sebelumnya, menurut kenyataan bersama MOE-SEAB.

Pelajar yang ingin memohon kemasukan ke maktab rendah (JC), Institut Millennia (MI), politeknik, dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian melalui Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan peringkat ‘O’ mereka.

Tempoh permohonan JAE berlangsung dari Jumaat, 10 Januari 2025, 4 petang, hingga Rabu, 15 Januari 2025, 4 petang.

Borang A akan menyenaraikan keputusan peperiksaan serta kursus yang mereka layak memohon.

Calon sekolah dan persendirian yang layak akan menerima salinan digital Borang A3 melalui alamat e-mel yang telah didaftarkan mulai 3 petang pada Jumaat, 10 Januari 2025.

Semua calon yang layak untuk JAE juga boleh memuat turun salinan Borang A dari Sistem Internet JAE (JAE-IS) sepanjang tempoh permohonan.

Pelajar digalakkan meneroka pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya yang tersedia bagi membuat keputusan untuk langkah seterusnya.

Mereka boleh merujuk kepada CourseFinder MOE (www.moe.gov.sg/coursefinder) atau Portal Pelajar MySkillsFuture (go.gov.sg/mysfsec) untuk maklumat lanjut.

Pelajar juga boleh bertemu dengan guru atau kaunselor Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya (ECG) di sekolah menengah masing-masing mengenai langkah seterusnya.

Sebagai alternatif, mereka juga boleh membuat janji temu kaunseling ECG melalui Pusat ECG @ MOE di go.gov.sg/moe-ecg-centre.

Pusat ECG @ MOE menawarkan perkhidmatan kaunseling secara dalam talian atau telefon dari Isnin, 6 Januari 2025 hingga Khamis, 16 Januari 2025, dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja dan 9 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg