Keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ 2023 akan dikeluarkan pada 11 Januari.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing mulai 2 petang pada hari itu, kata Kementerian Pendidikan (MOE).
Sekolah akan berkongsi butiran pengaturan pengambilan keputusan dengan calon sekolah.
Calon yang kurang sihat tidak harus pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan dan boleh melantik seorang wakil untuk berbuat demikian, kata MOE.
Wakil tersebut harus mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk pengesahan oleh sekolah.
Calon persendirian yang mempunyai akaun Singpass boleh mengakses keputusan mereka dalam talian melalui Portal Calon Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).
Mereka yang tidak mempunyai akaun Singpass boleh melihat keputusan mereka di portal menggunakan akaun yang tercipta semasa mendaftar peperiksaan itu.
Kedua-dua calon sekolah dan persendirian akan menerima salinan digital Borang A melalui alamat e-mel berdaftar mereka mulai 2 petang pada 11 Januari, yang akan menunjukkan keputusan bagi peringkat ‘O’ dan kursus yang mereka layak memohon.
Calon boleh menghantar pilihan kursus mereka dari 4 petang pada 11 Januari hingga 4 petang pada 16 Januari melalui Sistem Internet Latihan Kemasukan Bersama (JAE-IS).
Keputusan siaran JAE akan dikeluarkan pada 1 Februari melalui SMS dan JAE-IS.
Calon yang ditempatkan di maktab rendah atau Institut Millennia (MI) mesti melaporkan diri ke institusi masing-masing pada 2 Februari.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada hari itu atas sebab yang sah, mereka harus menghubungi institusi mereka untuk mengesahkan penerimaan tempat yang ditawarkan kepada mereka.
Calon yang ditempatkan ke politeknik atau sebarang Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima e-mel atau surat mengenai butiran pendaftaran pada akhir Februari.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg