Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Keputusan GCE Peringkat 'A' 2018: 93.3% peroleh sekurang-kurangnya 3 kelulusan, keputusan terbaik sejak 2006

Feb 22, 2019 | 6:30 PM
8405d2e9-86ec-4b61-b27b-e9a59c9ebe73
-

Pelajar yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat A pada 2018 meraih keputusan terbaik sejak kurikulum disemak pada 2006.

Sejumlah 13,042 pelajar menduduki peperiksaan itu taun lalu, dengan 12,170 pelajar, atau 93.3 peratus calon mencapai sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2, selain kelulusan Kertas Am (GP) atau Knowledge and Inquiry, kata Menteri Pendidikan (MOE) Dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Jumaat (22 Feb).

Kadar kelulusan bagi 2018 0.3 mata peratusan lebih baik berbanding kadar kelulusan 93 peratus yang dicapai pada 2017.

Ia adalah kadar kelulusan terbaik sejak 2006. Sebelum ini, kadar kelulusan tertinggi adalah 93.1 peratus, yang diraih oleh pelajar kohort 2015.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg