SPH Logo mobile
Langgan|

Keputusan penempatan menengah satu dikeluar 22 Dis

Keputusan penempatan menengah satu dikeluar 22 Dis

Dec 16, 2021 | 5:30 AM

Keputusan penempatan menengah satu dikeluar 22 Dis

fd6b01d5-b75c-4ed6-aef7-91df168b3778
-

KEPUTUSAN penempatan ke menengah satu tahun depan akan dikeluarkan pada 9 pagi Rabu depan, umum Kementerian Pendidikan (MOE) semalam.

Pelajar yang bakal memasuki menengah satu boleh mendapatkan keputusan penempatan mereka menerusi beberapa cara berikut:

  1. menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), jika pemohon telah memberi nombor telefon bimbit mereka semasa membuat pemilihan sekolah;
  2. sistem Internet menengah satu di laman penempatan (www.moe.gov.sg/s1-posting); atau
  3. di sekolah rendah masing-masing.

Pelajar tidak perlu melaporkan diri secara fizikal di sekolah baru mereka pada hari kerja berikutnya selepas menerima keputusan penempatan mereka, menurut MOE dalam kenyataannya.

Sebaliknya, pelajar harus merujuk ke laman sekolah mereka mulai 22 Disember untuk mendapatkan maklumat mengenai pembelian buku dan pakaian seragam dalam talian serta butiran pelaporan.

Ibu bapa kohort menengah satu akan datang ini yang menggunakan Gerbang Ibu Bapa juga boleh menerima arahan daripada sekolah menengah anak mereka mulai tengah hari 22 Disember.

Jika pelajar tidak dapat melaporkan diri di sekolah menengah mereka pada hari pertama persekolahan pada 4 Januari depan atas sebab-sebab sah, mereka boleh menghubungi sekolah secara langsung untuk mengesahkan mereka akan mengambil tempat menengah satu yang telah diberi kepada mereka, dan sekolah akan menyimpan tempat itu untuk mereka, kata MOE.

Maklumat lanjut mengenai latihan penempatan itu boleh didapati di laman MOE.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg