Pelajar yang bakal memulakan menengah satu tahun depan bakal menerima keputusan pilihan sekolah mereka 9 pagi Jumaat depan (20 Disember).

Kementerian Pendidikan (MOE) berkata dalam satu kenyataan hari ini, pelajar boleh mengakses keputusan tersebut melalui saluran berikut:

-SMS, jika ibu bapa mereka telah memberikan nombor telefon bimbit tempatan semasa menghantar pilihan sekolah.

-Sistem Internet Menengah Satu di laman pilihan sekolah.

-Di sekolah rendah mereka.

Pelajar dikehendaki melaporkan diri ke sekolah menengah mereka pada 23 Disember 8.30 pagi.