SEORANG pemandu merempuh sebuah pokok dan tiang lampu di Orchard Road, berhampiran stesen MRT Dhoby Ghaut, ketika gagal mengawal keretanya semasa hujang pada Sabtu (17 Mac).

Gambar yang dikirim ke laman web kewartawanan Stomp menunjukkan kereta putih di pinggir jalan dengan bumper depannya tertanggal.

Pintu di kerusi pemandu juga kelihatan rosak.

Bagaimanapun pemandu kenderaan itu, yang difahamkan The Straits Times pada usia 30-an, tidak cedera.

Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan di Orchard Road menghala ke Bras Basah Road itu sekitar 3 petang.

Tiada orang dilaporkan cedera dan siasatan sedang dijalankan.