Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta terbalik, 3 orang cedera dalam nahas di Hougang

May 4, 2019 | 2:37 PM
NAHAS JALAN RAYA: Tiga orang yang berusia antara 30 dengan 58 tahun dibawa ke Hospital Besar Sengkang menyusuli kemalangan di Hougang Avenue 7 pada 3 Mei 2019.
NAHAS JALAN RAYA: Tiga orang yang berusia antara 30 dengan 58 tahun dibawa ke Hospital Besar Sengkang menyusuli kemalangan di Hougang Avenue 7 pada 3 Mei 2019. - Foto FACEBOOK / SG ROAD VIGILANTE

TIGA orang dibawa ke hospital menyusuli satu nahas jalan raya melibatkan dua kereta dan sebuah teksi semalam (3 Mei).

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan di Hougang Avenue 7 menghala ke Tampines Road itu pada 10.11 pagi.

Pemandu teksi dan dua penumpang salah sebuah kereta itu - yang berusia antara 30 dengan 58 tahun - dibawa ke Hospital Besar Sengkang dalam keadaan sedar menyusuli kejadian tersebut.

Satu gambar yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan sebuah kereta hitam yang terbalik manakala sisi pagar di pembahagi jalan pula remuk dilanggar.

Polis sedang menyiasat kejadian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg