Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta terbalik di luar Waterloo Centre

Nov 20, 2024 | 7:23 PM
Kereta putih berjenama Volkswagen terbalik di tengah jalan raya di luar pusat beli-belah Waterloo Centre pada 19 November selepas ia merempuh satu lagi kereta yang terletak di sana.
Kereta putih berjenama Volkswagen terbalik di tengah jalan raya di luar pusat beli-belah Waterloo Centre pada 19 November selepas ia merempuh satu lagi kereta yang terletak di sana. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO FACEBOOK / SINGAPORE ROADS ACCIDENT

Sebuah kereta putih berjenama Volkswagen terbalik ke tepi di luar pusat beli-belah Waterloo Centre pada 19 November.

Satu video yang dimuat naik ke kumpulan Facebook bernama ‘Singapore Roads Accident’ pada 20 November menunjukkan kereta itu merempuh dengan satu lagi kereta yang diletak di tepi jalan raya.

Kereta Volkswagen itu kemudian tergolek beberapa kali sebelum akhirnya terhenti di tengah jalan raya dalam keadaan terbalik ke tepi.

Dalam video yang sama, but kereta itu kelihtan terbuka dan beberapa anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang memeriksa kenderaan itu.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), SCDF berkata ia dimaklumkan tentang satu kemalangan jalan raya di sepanjang Waterloo Street pada 19 November sekitar 4.20 petang.

Menurut SCDF, satu individu mempunyai kecederaan ringan tetapi beliau enggan dihantar ke hospital.

SCDF menilai seseorang untuk kecederaan ringan tetapi orang itu enggan dihantar ke hospital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg