Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta terbang pertama S’pura selesai diuji

May 13, 2025 | 7:43 PM
Digelar sebagai ‘kereta terbang’, kenderaan penerbangan peribadi, Crimson S8, telah direka dan dibangunkan sepenuhnya di Singapura oleh syarikat kenderaan udara, NEO Aeronautics.
Digelar sebagai ‘kereta terbang’, kenderaan penerbangan peribadi, Crimson S8, telah direka dan dibangunkan sepenuhnya di Singapura oleh syarikat kenderaan udara, NEO Aeronautics. - Foto ST

Syarikat kenderaan udara, NEO Aeronautics, telah menyelesaikan ujian penerbangan dalam bangunan untuk kenderaan penerbangan peribadi pertama Singapura, Crimson S8, pada 13 Mei di 222 Tagore Lane.

Dikenali sebagai ‘kereta terbang’, Crimson S8 direka dan dibangunkan sepenuhnya di Singapura berdasarkan peruntukan dalam Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) yang tidak memerlukan lesen juruterbang.

Berikutan ujian dalam bangunan, ujian penerbangan luar dirancang di Pendleton UAS Range di Oregon, Amerika Syarikat.

Terdapat juga rancangan melancarkan Kelab Crimson di lokasi yang sesuai di seluruh Amerika seperti kawasan pelancongan, taman hiburan, serta stesen kereta kabel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg