Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerja masyarakat belum selesai bagi Razak Maricar

Dec 5, 2018 | 7:00 PM
KERJA BERTERUSAN: Haji Abdul Razak bakal bersara daripada perkhidmatan awam pada 31 Disember nanti tetapi baginya kerja dengan masyarakat itu berterusan.
KERJA BERTERUSAN: Haji Abdul Razak bakal bersara daripada perkhidmatan awam pada 31 Disember nanti tetapi baginya kerja dengan masyarakat itu berterusan. - Foto BH oleh LIM YAOHUI

KERJAYA Haji Abdul Razak Hassan Maricar dalam bidang perkhidmatan masyarakat menjangkau lebih 40 tahun, dengan 11 tahun lalu bersama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Haji Abdul Razak, 64 tahun, akan bersara daripada perkhidmatan awam pada 31 Disember ini, melepaskan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Muis yang disandangnya sejak 2013.

Namun, baginya, kerja masyarakat tidak akan pernah selesai.

"Kerja dengan masyarakat itu berterusan. Jika anda kata anda sudah selesai, itu tidak benar sama sekali.

"Selalu ada peluang untuk memperbaiki usaha dan membuat perubahan dalam masyarakat," ujar Haji Abdul Razak.

Ditanya apakah tugas yang belum sempat beliau selesaikan di Muis, beliau menarik perhatian dua perkara dalam rancangan jangka panjang iaitu pembangunan asatizah dan Kolej Islam Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg