Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerja menggali terowong fasa kedua Sistem Pembentungan Terowong Dalam bermula

Apr 4, 2019 | 10:01 AM
Jentera Penggali Terowong ini dibina khas bagi kegunaan DTSS 2 dan boleh menembusi tanah dan batu pada kelajuan sekitar lima meter sehari.
Jentera Penggali Terowong ini dibina khas bagi kegunaan DTSS 2 dan boleh menembusi tanah dan batu pada kelajuan sekitar lima meter sehari. - ZB

KERJA menggali terowong bagi fasa kedua binaan 'lebuhraya' air terpakai di Singapura telah bermula, selepas jentera penggali terowong pertama dilancar di Jalan Bahar pada Khamis (4 April).

Sejumlah 19 penggali terowong akan digunakan bagi menggali terowong sepanjang 60 kilometer dalam fasa kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS 2).

Terowong sedalam antara 35 meter dengan 55 meter itu menelan belanja sekitar $2.3 bilion, hampir sepertiga kos $6.5 bilion bagi DTSS 2.

Dalam ucapannya di majlis pelancaran, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata pelaburan itu adalah penting untuk memenuhi keperluan air jangka panjang negara dan menambah kemampanan bekalan air singapura.

"Bagi bandar maju yang dipenuhi ramai penduduk seperti Singapura, sistem pengurusan pembetungan yang sewajarnya penting bagi melindungi sekitaran, kesihatan awam dan sumber air kita," kata Encik Masagos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg