Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SLA: Kerja pembaikan turut dijalan bagi banglo hitam putih lain, bukan di Ridout Road saja

Jun 29, 2023 | 6:59 PM
KERJA PEMBAIKAN: Kerja pembaikan berjumlah lebih $500,000 turut dijalankan bagi banglo hitam lain, bukan bagi banglo hitam putih yang disewakan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, sahaja.
KERJA PEMBAIKAN: Kerja pembaikan berjumlah lebih $500,000 turut dijalankan bagi banglo hitam lain, bukan bagi banglo hitam putih yang disewakan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, sahaja. - Foto fail

Penguasa Tanah Singapura (SLA) telah menjalankan kerja pembaikan berjumlah lebih $500,000 ke atas banglo hitam putih lain juga selain banglo hitam putih yang disewa dua menteri di Ridout Road.

Dalam responsnya kepada pertanyaan media pada Khamis, SLA – yang bertanggungjawab bagi pengurusan, pemuliharaan dan penyewaan banglo kolonial itu – memberi contoh kerja pembaikan yang dijalankan pada empat banglo hitam putih lain di Malcolm Road dan Orange Grove Road.

Banglo di Malcolm Road dan Orange Grove Road itu berukuran antara 480.2 meter persegi dengan 742 meter persegi, dengan kerja pembaikan berjumlah antara $408,800 dengan $1.13 juta.

Kerja pembaikan yang dijalankan SLA itu antara lain bertujuan memastikan hartanah negara itu sesuai didiami penyewa.

Analisis turut dijalankan untuk memastikan jumlah sewa yang boleh diterima adalah lebih daripada wajar berbanding kerja yang dijalankan bagi tempoh ia boleh digunakan, yang boleh mencapai 10 tahun atau lebih.

Sebagai contoh, SLA membelanjakan $1.13 juta bagi kerja pembaikan ke atas sebuah hartanah di Malcolm Road yang sebesar 480.2 meter persegi.

Antara kerja yang dijalankan termasuk pembaikan bangunan secara umum, kerja pembaikan struktur, penghapusan asbestos dan lain-lain lagi.

Kerja pembaikan yang dijalankan pada banglo hitam putih di 26 Ridout Road seluas 856.5 meter persegi yang disewakan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada Jun 2018 berjumlah $515,400.

Antara kerja yang dijalankan termasuk pembaikan bangunan secara umum, pam air, longkang, jalan raya dan pagar serta pemasangan semula wayar elektrik, kerja hortikultur dan rawatan anai-anai.

Sementara itu, kerja pembaikan yang dijalankan pada banglo hitam putih di 31 Ridout Road seluas 824.3 meter persegi yang disewakan kepada Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada Oktober 2019 berjumlah $570,500.

Antara kerja yang dijalankan termasuk pembaikan bangunan secara umum, bumbung, jalan raya dan pagar serta penggantian tangki air, pemasangan semula wayar elektrik, kerja hortikultur dan rawatan anai-anai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg