Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerja peningkatan dimula bagi 56,000 flat HDB

Feb 20, 2022 | 4:38 PM
Program HIP mempunyai tiga komponen utama iaitu barangan peningkatan penting, barangan pilihan dan peningkatan bagi warga emas aktif.
Program HIP mempunyai tiga komponen utama iaitu barangan peningkatan penting, barangan pilihan dan peningkatan bagi warga emas aktif. - Yen Meng Jin

Lebih banyak flat akan diperbaiki dengan kemudahan dan aksesori yang lebih baik.

Ini selepas kumpulan kedua daripada sekitar 230,000 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang dibina antara 1987 dengan 1997, layak menjalani Program Peningkatan Rumah (HIP).

Kerja peningkatan itu akan bermula bagi sekitar 56,000 flat daripada kumpulan kedua itu, kata HDB.

Langkah memperluaskan HIP itu diambil selepas hampir semua 320,0000 flat dibina sehingga 1986 yang layak menjalani program itu, sudah hampir selesai dipertingkatkan.

Program itu dilancarkan pada 2007.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg