SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kerja pertingkat Masjid Khadijah dan pusat sumber RRG bakal siap 2023

Kerja pertingkat Masjid Khadijah dan pusat sumber RRG bakal siap 2023

Apr 29, 2021 | 7:01 PM

Kerja pertingkat Masjid Khadijah dan pusat sumber RRG bakal siap 2023

SUNTIK PEMBAHARUAN: Usaha memberi nafas baru kepada Masjid Khadijah serta meluaskan Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di tingkat dua masjid itu dapat dilihat dalam lakaran foto-foto ini. - Foto MASJID KHADIJAH
SUNTIK PEMBAHARUAN: Usaha memberi nafas baru kepada Masjid Khadijah serta meluaskan Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) di tingkat dua masjid itu dapat dilihat dalam lakaran foto-foto ini. - Foto MASJID KHADIJAH -

RANCANGAN memberi nafas baru kepada Masjid Khadijah, serta meluaskan Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang terletak di tingkat dua masjid tersebut, telah diumumkan pada Khamis (29 Apr).

Antaranya ialah rancangan membina galeri luar pusat tersebut, dewan serbaguna lebih luas, serta memasang lif baru di masjid di Geylang Road yang berusia lebih 100 tahun itu. Projek itu dijangka siap pada 2023.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang menghadiri majlis untuk mengumumkan projek itu pada Khamis, berkata usaha peningkatan itu tepat pada masanya dan akan meningkatkan usaha RRG dalam mendekati masyarakat bagi menentang ideologi radikal.

Dalam ucapannya, beliau berkata RRG memainkan peranan penting memupuk keharmonian antara kaum dan agama di Singapura, serta menyebar ajaran Islam yang sebenar.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg