Premium
Pengkaji awan
Pantauan penting bagi sediakan ramalan dan amaran cuaca buruk setepat dan secepat mungkin
May 22, 2016 | 5:30 AM
KERJA LIHAT LANGIT: Menurut Cik Hastuti Kasim, pengkaji cuaca kanan bersama Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), setiap awan mempunyai 'ceritanya' tersendiri dan beliau perlu memahami kelakuan dan ciri-ciri awan itu. - Foto M.O. SALLEH -
SEDANG ramai orang bertempiaran lari mencari tempat perlindungan sejenak mendengar dentuman guruh atau melihat sambaran petir, Cik Hastuti Kasim sebaliknya keluar ke kawasan lapang untuk melihat cuaca mendung itu.
Beliau akan mengkaji pembentukan dan pergerakan awan - memberi perhatian terutama pada ukuran dan arah yang dituju.

