Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerosakan isyarat punca gangguan rel Laluan Thomson-East Coast

Dec 5, 2020 | 5:30 AM
GANGGUAN KERETA API: Kerosakan isyarat menyebabkan perkhidmatan kereta api Laluan Thomson-East Coast Line terganggu pagi semalam, dengan tiada perkhidmatan antara stesen Woodlands North dan Woodlands South. Perkhidmatan disambung semula pada 11 pagi. - Foto BH oleh MOHD KHALID BABA
GANGGUAN KERETA API: Kerosakan isyarat menyebabkan perkhidmatan kereta api Laluan Thomson-East Coast Line terganggu pagi semalam, dengan tiada perkhidmatan antara stesen Woodlands North dan Woodlands South. Perkhidmatan disambung semula pada 11 pagi. - Foto BH oleh MOHD KHALID BABA -

PERKHIDMATAN kereta api di Laluan Thomson-East Coast (TEL) mengalami gangguan selama lima jam semalam, sebelum dapat dipulihkan.

Perkhidmatan di tiga stesen di laluan itu - Woodlands, Woodlands North dan Woodlands South - biasanya bermula dari sekitar 5.40 pagi setiap hari.

Namun pada 5.43 pagi, SMRT mengeluarkan satu pos menerusi Twitter bahawa tiada perkhidmatan boleh didapatkan di laluan itu disebabkan kerosakan isyarat.

Dalam satu kemas kini pada 7.23 pagi, SMRT berkata perkhidmatan kereta api antara stesen Woodlands North dan Woodlands South masih tidak beroperasi, dan perkhidmatan bas penghubung masih disediakan.

"Kami meminta maaf atas penangguhan perjalanan anda," tambah SMRT.

Tiga stesen itu terletak di bawah tahap pertama TEL, yang dibuka 31 Januari lalu.

Dalam satu pos Facebook semalam, SMRT berkata juruteranya sedang berusaha membetulkan kesalahan itu, dan menambah bahawa pengumuman dalam kereta api dan stesen telah dilakukan untuk memaklumkan penumpang tentang gangguan tersebut.

SMRT juga mengatakan ia mengerahkan lebih 20 kakitangan di lokasi untuk membantu penumpang terjejas.

Kerosakan pagi semalam merupakan yang kedua berlaku tahun ini pada sebuah laluan MRT baru.

Pada Oktober, kabel kuasa rosak antara stesen Tuas Link dan Tuas West Road di Laluan Timur-Barat (EWL) membawa kepada siri kejadian yang menyebabkan gangguan MRT besar menjejas tiga laluan kereta api - Timur-Barat, Utara-Selatan dan Circle.

Dua stesen itu sebahagian daripada lanjutan empat stesen bagi EWL, yang dibuka pada Jun 2017.

Pada September, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata projek menyiapkan enam stesen di bawah tahap kedua TEL akan ditangguhkan selama tiga bulan hingga suku pertama tahun depan disebabkan kesan Covid-19.

Ia pada mulanya dijadualkan buka pada lewat tahun ini.

Sejak 30 Julai, perkhidmatan antara stesen Woodlands North dan Woodlands South ditutup awal pada 9 malam setiap hari, dan dibuka lewat pada 6.30 pagi pada Sabtu dan Ahad, untuk SMRT "terus menguji kereta api dan sistem bersepadu itu dalam persediaan bagi pembukaan tahap kedua" laluan tersebut.

Penutupan awal dan pembukaan lewat itu dijadualkan berakhir pada 30 Ogos, tetapi dilanjutkan ke 31 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg