SPH Logo mobile
Langgan|

Kes Aloysius Pang: Dua anggota SAF bakal didakwa di mahkamah tentera berhubung kematian pelakon

Kes Aloysius Pang: Dua anggota SAF bakal didakwa di mahkamah tentera berhubung kematian pelakon

Jul 31, 2019 | 9:19 AM

Kes Aloysius Pang: Dua anggota SAF bakal didakwa di mahkamah tentera berhubung kematian pelakon

TIMBUL LAGI: Kes Aloysius Pang, yang maut akibat satu kemalangan di kabin meriam kereta kebal SAF, menarik perhatian umum.
TIMBUL LAGI: Kes Aloysius Pang, yang maut akibat satu kemalangan di kabin meriam kereta kebal SAF, menarik perhatian umum. -

Dua askar yang berada dalam kabin meriam kereta kebal bersama mendiang Aloysius Pang akan menghadapi tuduhan di mahkamah tentera pada Rabu (31 Julai), kata Kementerian Pertahanan (Mindef).

Mereka adalah Military Expert 2 (ME2) Ivan Teo, 35 tahun dan Sarjan Ketiga (NS) Hubert Wah, 31 tahun

ME2 Teo akan menghadapi tiga tuduhan - satu kerana tidak mematuhi perintah umum di bawah Akta Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan lagi dua tuduhan kerana menyebabkan kematian dengan kelakuan cuai di bawah Kanun Jenayah.

3SG (NS) Wah akan menghadapi dua tuduhan - satu tuduhan kerana menyebabkan kematian dengan kelakuan cuai dan satu tuduhan menyebabkan kematian kerana perbuatan terburu-buru.

Mereka akan dituduh di Pusat Mahkamah Tentera di Kem Kranji II.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg