Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes amah bunuh majikan: Peguam kata amah beri kenyataan secara tidak sukarela

Aug 14, 2019 | 3:45 PM
DITUDUH MEMBUNUH MAJIKAN: Daryati sedang diperbicarakan atas kesalahan menikam dan mengelar Cik Seow di rumahnya di Telok Kurau, yang menyebabkan wanita itu mengalami 98 luka pisau. -Foto FAIL ST.
DITUDUH MEMBUNUH MAJIKAN: Daryati sedang diperbicarakan atas kesalahan menikam dan mengelar Cik Seow di rumahnya di Telok Kurau, yang menyebabkan wanita itu mengalami 98 luka pisau. -Foto FAIL ST. -

PENGUAM bela amah yang dituduh membunuh majikannya pada 2016 berkata amah itu dalam keadaan cemas ketika memberi kenyataannya pada polis.

Penguam Encik Mohamed Muzammil Mohamed berkata amah warga Indonesia itu, Daryati, 23 tahun (pada waktu kejadian), cemas apabila gambar buah dada kirinya dipetik oleh seorang pegawai polis lelaki sewaktu dia diperiksa oleh doktor.

Daryati juga mula berasa pening, mual-mual dan dalam kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya, kata Encik Mohamed.

Pada masa itu, Daryati berada dalam keadaan "ditindas" justeru tidak sesuai untuk memberi kenyataannya pada polis pada hari itu, ujarnya.

Namun, kenyataan kepada polis telah dibuat sejam selepas Daryati diperiksa oleh doktor.

Daryati, kini 27 tahun, sedang diperbicarakan atas kesalahan menikam dan mengelar majikannya, Cik Seow Kim Choo pada 7 Jun 2016, di rumah majikannya di Telok Kurau, yang menyebabkan wanita 59 tahun itu mengalami 98 luka pisau.

Dalam kenyataannya pada polis, Daryati mengaku telah mengelar leher Cik Seow dan menikam muka dan lehernya beberapa kali.

Penguam bela mendakwa tujuh daripada sembilan kenyataan yang dicatat antara 8 Jun dan 26 Julai 2016 tidak dilakukan dengan cara sukarela, oleh itu ia tidak boleh digunakan sebagai bukti.

Satu pendengaran sampingan untuk menentukan sama ada sebuah pernyataan boleh dipakaiguna bermula semalam (13 Ogos).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg