Kes aniaya pegawai keselamatan naik dek tikai laksana peraturan Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes aniaya pegawai keselamatan naik dek tikai laksana peraturan Covid-19

Menurut tinjauan, kadar aniaya naik 10%
Mar 26, 2021 | 5:30 AM

Kes aniaya pegawai keselamatan naik dek tikai laksana peraturan Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
35d93404-7a99-4fbc-9d83-3d393d30c47b
-

KES penganiayaan pegawai keselamatan semasa bertugas telah meningkat, dengan pertikaian berkaitan langkah menguatkuasakan aturan keselamatan Covid-19 menjadi penyebab peningkatan tersebut.

Demikian dapatan satu tinjauan oleh Kesatuan Pekerja Keselamatan (Use) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang diumumkan semalam.

Tinjauan tersebut mendedahkan dalam setiap lima pegawai yang ditinjau, dua berkata telah mengalami penganiayaan sewaktu bekerja.

Tinjauan melibatkan 1,002 pegawai dan dijalankan antara September dengan November tahun lalu itu menunjukkan kadar penganiayaan naik 10 peratus berbanding tinjauan sebelumnya.

Pada Jun 2020, tinjauan serupa melibatkan 707 pegawai mendapati satu dalam setiap tiga pegawai mengalami penganiayaan sewaktu bekerja.

Setiausaha eksekutif Use, Encik Steve Tan, berkata kebanyakan penganiayaan yang dialami pegawai bersifat lisan.

Ia boleh dikaitkan dengan pertengkaran sewaktu pegawai melaksanakan tugas penguatkuasaan langkah keselamatan Covid-19, katanya.

"Pengunjung di premis-premis tertentu telah diminta agar mematuhi langkah pengurusan selamat namun individu yang meminta mereka berbuat demikian merupakan seorang pegawai keselamatan," ujar Encik Tan dalam sidang media semalam.

Beliau menambah tinjauan itu dijalankan sekitar enam bulan setelah Singapura mengalami pandemik Covid-19 yang mungkin mencerminkan orang ramai masih lagi sedang menyesuaikan diri untuk mematuhi langkah pengurusan selamat seperti pemeriksaan suhu badan dan pengesanan SafeEntry.

"Apa yang jelas bagi kami ialah Covid-19 telah meningkatkan ketegangan di tempat kerja," tekan Encik Tan.

Use, yang merupakan kesatuan sekutu Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), mempunyai 18,158 anggota.

Menurut tinjauan itu, sekitar 37.2 peratus peserta menyatakan mereka mengalami penganiayaan secara lisan dan 4.8 peratus berkata mereka dianiaya kededua secara fizikal dan lisan.

"Kesemua ini menunjukkan kepada kami bahawa pegawai (keselamatan) perlu dilindungi," tambah Encik Tan.

Beliau juga merujuk kepada satu kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Mac tahun lalu bahawa ia akan mengubah Akta Industri Keselamatan Privet (PSIA) tahun ini agar ia lebih melindungi pegawai keselamatan daripada penganiayaan atau gangguan.

Setiausaha Agung Use, Encik Raymond Chin, berkata Kesatuan Pekerja Keselamatan amat prihatin terhadap peningkatan penganiayaan di kalangan pegawai keselamatan kami.

"Kami ingin menggesa orang ramai untuk menghormati pegawai kami kerana mereka hanya ingin melaksanakan tugas mereka seperti mana yang ditetapkan undang-undang negara," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg