KES baru Covid-19 di Singapura terus meningkat.

Sebanyak 1,457 jumlah baru kes Covid-19 dilaporkan kelmarin, kata Kementerian Kesihatan (MOH) yang kemudian mengumumkan lagi tiga warga Singapura telah mati akibat komplikasi Covid-19, membawa jumlah kematian akibat virus C0vid-19 ke 68.

Sebelum ini, jumlah tertinggi kes baru Covid-19 dicatat di Singapura adalah 1,426 kes pada 20 April tahun lalu.

Antara kes yang dilaporkan kelmarin, 1,277 kes dalam masyarakat dan 176 kes dari dormitori.

Baki empat kes adalah kes import.

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada warga Singapura akan gelombang besar penularan Covid-19 dalam negara semakin peralihan untuk kehidupan endemik.

Antara tiga kematian yang dilaporkan adalah seorang warga tua Singapura berusia 65 tahun, yang diuji positif pada 1 September dan belum divaksin.

Beliau mempunyai sejarah diabetes, peringkat akhir kegagalan ginjal dan tekanan darah tinggi.

Seorang lagi warga Singapura berusia 90 tahun yang meninggal pada Selasa lalu.

Beliau diuji positif pada 13 September dan divaksin. Beliau mempunyai sejarah strok, semput, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi. Dengan usianya yang lanjut, ini membuatnya lebih rentan terhadap penyakit parah, kata MOH.

Satu lagi warga Singapura, berusia 50 tahun, juga meninggal dunia akibat Covid-19 Selasa lalu.

Namun, beliau belum divaksin dan tiada penyakit yang diketahui.

Ini menjadikan jumlah kematian yang dicatat selama dua bulan ini ke 31, hampir setengah jumlah kematian berkaitan dengan Covid-19 di Singapura.

Beberapa kes baru juga ditambah ke kelompok yang ada.

Antara kelompok baru yang ditambah adalah pusat pendidikan LearnJoy di Bedok North Street 3.

Satu kes baru telah ditambah ke kelompok itu Selasa lalu, menjadikan jumlah kes sebanyak 10.

Selain itu, 22 kes baru ditambah ke kelompok dormitori Blue Stars di Jurong West, menjadikan jumlah kes dalam kelompok itu ke 159.

Penularan dalam kalangan penduduk di dormitori itu dikesan dan tiada bukti yang menunjukkan ia menular ke luar dormitori itu, kata MOH.

Kes-kes baru telah dikenakan kuarantin.

Sebanyak 17 lagi kes ditambah ke kelompok Avery Lodge, dormitori di Boon Lay, menjadikan jumlah kes kelompok itu kepada 160.

Penularan antara dormitori berlaku di sana tetapi tiada bukti bahawa penyakit itu menular luar dormitori, kata MOH.

Kes-kes itu dikenal pasti menerusi ujian pengawasan dan kes baru dikenakan kuarantin.

Terdapat 1,083 kes pesakit Covid-19 di hospital, turun daripada 1,109 kes hari sebelumnya.

145 pesakit menghidapi penyakit serius dan memerlukan bantuan oksigen tambahan, ini juga kurang dua kes dari hari sebelumnya.

Seramai 19 kes dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Bagi pesakit yang telah jatuh sakit, 134 adalah warga tua berusia 60 tahun ke atas.

Sehingga Rabu, jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 ialah 81, 356.