Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes buli di Shuqun: Ibu mangsa buat laporan polis

Sep 23, 2015 | 12:33 PM
MOE sedang menyiasat apa yang dipercayai kes buli yang berlaku di dalam kelas Sekolah Menengah Shuqun. Gambar Internet
MOE sedang menyiasat apa yang dipercayai kes buli yang berlaku di dalam kelas Sekolah Menengah Shuqun. Gambar Internet -

Ibu seorang daripada dua mangsa kejadian yang dipercayai kes buli di Sekolah Menengah Shuqun telah membuat laporan polis, akhbar The Straits Times difahamkan.

Satu klip kejadian itu, yang berlaku Jumaat lepas (18 Sep), menunjukkan seorang pelajar lelaki memukul dua pelajar di kepala mereka berulang kali. Kedua-dua mangsa tidak membalas dan hanya menundukkan kepala mereka.

Sekolah itu berkata pada Isnin bahawa ia telah memberi kaunseling pelajar terlibat. Ia juga mendedahkan bahawa seorang guru adjung berada di dalam kelas ketika kejadian.

Sekolah tersebut telah bercakap dengan guru itu. Guru subjek sebenar kelas tersebut sedang cuti bersalin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg