Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tuduhan membunuh dikurangkan kepada homisid

Feb 25, 2023 | 5:30 AM
bc5fac76-9285-4843-8593-47082d93803c
- Malay Mail

TUDUHAN membunuh yang dihadapi seorang remaja yang dituduh membunuh rakan sekolahnya dari Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) telah dikurangkan kepada homisid pada Jumaat.

Lelaki itu yang berusia 18 tahun tidak boleh dinamakan kerana berusia 16 tahun ketika dia didakwa melakukan kesalahan itu.

Mereka yang berusia di bawah 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Homisid bermaksud tindakan yang membawa kepada kematian.

Menurut dokumen mahkamah, remaja itu menggunakan kapak untuk mengelar leher, kepala dan badan seorang budak lelaki berusia 13 tahun di dalam tandas di RVHS yang terletak di Boon Lay Avenue antara 11.16 pagi dengan 11.44 pagi pada 19 Julai 2021.

Dia didakwa melakukan demikian dengan niat menyebabkan kematian budak lelaki

Siasatan polis menunjukkan bahawa kedua-dua pelajar itu tidak mengenali antara satu dengan lain.

Sekumpulan pelajar telah ternampak pelajar berusia 16 tahun itu memegang kapak di luar sebuah tandas sekolah.

Respon segera para pelajar itu ialah menggunakan latihan kecemasan 'Lari-Sembunyi-Beritahu' - mereka masuk ke dalam kelas, kunci pintu dari dalam dan dengan cepat menghubungi guru tingkatan mereka untuk bantuan.

Semasa prosiding lebih awal, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh telah cuba membunuh diri pada 2019, dan telah dinilai di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Dalam satu kemas kini pada 16 Julai 2022, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata bahawa selepas kejadian itu, pihak sekolah berusaha untuk memperhatikan para pelajar dan kakitangan mereka untuk menentukan jika mereka memerlukan sokongan sosio-emosi.

RVHS juga telah diberikan kaunselor tambahan dan ceramah kesedaran kesejahteraan mental dijalankan untuk para pelajar, tambah kementerian itu.

Tertuduh yang ditahan di dalam reman sejak kejadian itu telah mengambil peperiksaan peringkat 'O' sebagai calon persendirian ketika dalam tahanan.

Beliau diwakili peguam Sunil Sudheesan dan Joyce Khoo dari Quahe Woo & Palmer.

Kes beliau seterusnya akan didengar pada 6 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg