Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bunuh St James Power Station: 2 lagi lelaki didakwa

Mar 15, 2017 | 11:39 AM
Muhammad Khalid Kamarudin (kiri) dan Muhammad Hisham Hassan didakwa di mahkamah pada Rabu (15 Mac) dengan pembunuhan di St James Power Station pada Ahad.
Muhammad Khalid Kamarudin (kiri) dan Muhammad Hisham Hassan didakwa di mahkamah pada Rabu (15 Mac) dengan pembunuhan di St James Power Station pada Ahad. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

DUA lagi lelaki dikenakan tuduhan bunuh di mahkamah pada Rabu (15 Mac) berkaitan kematian seorang lelaki di pusat hiburan St James Power Station pada Ahad.

Mereka ialah Muhammad Hisham Hassan, 27 tahun, dan Muhammad Khalid Kamarudin, 21 tahun. Kedua-duanya diwakili peguam K. Jayakumar.

Lelaki pertama yang diheret ke mahkamah, Shawalludin Sa'adon, 26 tahun, didakwa pada Selasa. Dia seorang pelayan sambilan di Postbar, sebuah bar di kelab malam itu.

Seorang lelaki keempat, Muhammad Faizal Jamal, 32 tahun, disebut dalam dokumen mahkamah dan masih dalam siasatan.

Tiga lelaki itu dituduh membunuh Encik Satheesh Kumar Manogaran, 35 tahun, antara 5.45 dan 6 pagi Ahad.

Polis mengeluarkan kenyataan pada Selasa bahawa mereka menangkap Shawalludin pada Ahad itu juga dan kemudian mengenal pasti tiga lelaki lain yang terlibat dan memberkas mereka dalam operasi pada hari berikutnya.

Siasatan awal polis menunjukkan serangan itu berlaku berikutan pertikaian antara mangsa dan seorang pekerja di Postbar.

Dokumen mahkamah dan kenyataan polis tidak mendedahkan identiti pekerja itu.

Ketiga-tiga tertuduh direman di Divisyen Polis Central dan akan hadir di mahkamah sekali lagi pada 21 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg