Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bunuh St James Power Station: Suspek kelima ditangkap

Mar 15, 2017 | 3:11 PM
Seorang suspek kelima ditangkap pada Rabu (15 Mac) berkaitan satu pembunuhan yang berlaku di pusat hiburan St James Power Station (atas) pada Ahad (12 Mac).
Seorang suspek kelima ditangkap pada Rabu (15 Mac) berkaitan satu pembunuhan yang berlaku di pusat hiburan St James Power Station (atas) pada Ahad (12 Mac). - GAMBAR FAIL ST

SEORANG suspek kelima ditangkap pada Selasa (14 Mac) berkaitan satu pembunuhan di pusat hiburan St James Power Station pada Ahad (12 Mac), kata polis.

Lelaki berusia 22 tahun itu akan didakwa di mahkamah pada Khamis (16 Mac), kata polis dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian itu, Encik Satheesh Kumar Manogaran, 35 tahun, meninggal dunia di pusat hiburan di Sentosa Gateway itu antara 5.45 dan 6 pagi Ahad.

Suspek pertama, Shawalludin Sa'adon, seorang pelayan sambilan berusia 26 tahun, dikenakan tuduhan bunuh pada Selasa.

Dua lagi lelaki - Muhammad Hisham Hassan, 27 tahun, dan Muhammad Khalid Kamarudin, 21 tahun - didakwa dengan tuduhan sama pada Rabu.

Seorang lelaki keempat, Muhammad Faizal Jamal, 22 tahun, disebut dalam dokumen mahkamah dan dia masih dalam siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg