Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes cacar monyet setempat kedua di Singapura

Jul 14, 2022 | 4:14 PM
CACAR MONYET: Kes cacar monyet setempat kedua di Singapura melibatkan seorang lelaki warga Britain berusia 48 tahun yang tinggal di sini.
CACAR MONYET: Kes cacar monyet setempat kedua di Singapura melibatkan seorang lelaki warga Britain berusia 48 tahun yang tinggal di sini. - Foto REUTERS

KES cacar monyet setempat yang kedua telah dilaporkan di Singapura semalam (13 Julai).

Ini bermakna terdapat lima kes cacar monyet di sini sejauh ini.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan (MOH), kes terkini itu melibatkan seorang lelaki warga Britain berusia 48 tahun yang tinggal di Singapura.

Beliau diuji positif bagi kes cacar monyet semalam dan kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dalam keadaan stabil.

Pesakit itu telah mengalami ruam di bahagian sekitar duburnya pada 6 Julai dan demam pada 11 Julai.

Beliau berjumpa dengan doktor semalam dan kemudian dibawa ke NCID.

MOH berkata usaha penjejakan kontak kini sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg