Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Covid-19 baru dalam masyarakat pergi bekerja di Lapangan Terbang Changi : MOH

Sep 29, 2020 | 12:02 AM
KES BARU MASYARAKAT: Salah satu daripada dua kes masyarakat Covid-19 yang dikenal pasti pada Isnin (28 September) pergi bertugas ke Lapangan Terbang Changi sewaktu tempoh jangkitan, jelas Kementerian Kesihatan (MOH). - Foto BH oleh LIM YAOHUI
KES BARU MASYARAKAT: Salah satu daripada dua kes masyarakat Covid-19 yang dikenal pasti pada Isnin (28 September) pergi bertugas ke Lapangan Terbang Changi sewaktu tempoh jangkitan, jelas Kementerian Kesihatan (MOH). - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

SALAH seorang daripada dua kes jangkitan baru Covid-19 dalam masyarakat meneruskan tugasnya di Lapangan Terbang Changi dalam tempoh jangkitan.

Lelaki warga Malaysia berusia 26 tahun itu dikesan hasil proses pemeriksaan dan pemantauan proaktif yang dijalankan Kementerian Kesihatan (MOH) buat pekerja dalam khidmat penting yang menetap di luar dormitori.

MOH dalam kenyataannya Isnin malam (28 September) mendedahkan kes ini tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

Namun, beliau telah menjangkiti seorang lagi pemegang permit kerja, juga 26 tahun, dari Malaysia yang juga kontaknya.

Kontaknya ini menampakkan tanda jangkitan lantas dirujukkan ke hospital bagi ujian 'swab' dengan hasilnya positif.

Sehingga 12 tengah hari Isnin, 15 kes jangkitan baru Covid-19 dikenal pasti.

Sebanyak 13 kes tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan hasil proses pemantauan dan pemeriksaan proaktif.

Dalam kalangan enam kes import pula, satu daripadanya adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali ke sini dari India pada 16 September lalu.

Tiga kes lain adalah pemegang pas kerja dan permit kerja dari Perancis, Filipina dan India. Baki dua kes pula adalah pemegang pas tanggungan yang datang dari India pada 15 September lalu. Mereka sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

MOH juga menambah 26 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Keseluruhannya, 57,393 kes sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan ini.

Sebanyak 36 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg