Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Covid-19 di Mandarin Orchard: Lagi 8 kakitangan disah positif

Dec 21, 2020 | 6:12 PM
Kini terdapat 11 kakitangan Mandarin Orchard yang disahkan positif sehingga 21 Disember 2020. -
Kini terdapat 11 kakitangan Mandarin Orchard yang disahkan positif sehingga 21 Disember 2020. - - FOTO: MARK CHEONG

LAGI lapan kakitangan Hotel Mandarin Orchard telah disahkan positif setelah menjalani ujian serologikal, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (21 Dis) yang menandakan jangkitan Covid-19 terdahulu.

Butiran ini didedahkan dalam kenyataan MOH pada petang Isnin, memberi butiran lanjut mengenai siasatan 13 kes koronavirus di hotel tersebut bulan lalu yang mungkin dijangkiti setelah mereka tiba di Singapura.

Semalam (20 Dis), MOH melaporkan tiga kakitangan hotel tersebut disahkan positif.

Siasatan epidemiologi terhadap 11 kes itu sedang dijalankan.

Sementara itu, MOH berkata ia sedang menguji kontak terdekat mereka sebagai langkah berjaga, dan akan melaksanakan ujian serologikal untuk mengesan jika individu-individu tersebut mungkin dijangkiti mereka.

Secara keseluruhan, MOH berkata seramai 570 kakitangan hotel berkenaan telah menjalani ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) - yang digunakan untuk mengenal pasti jangkitan baru atau semasa - dengan kesemua kakitangan tersebut disahkan negatif.

Namun, MOH berkata ia sedang mengusahakan ujian bagi satu lagi individu yang belum lagi diuji menerusi ujian PCR itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg