Lebih 600 staf madrasah diundang ambil vaksin Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 600 staf madrasah diundang ambil vaksin Covid-19

Kedua-dua Timbalan Mufti ikut serta bagi beri sokongan
Mar 26, 2021 | 5:30 AM

Lebih 600 staf madrasah diundang ambil vaksin Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
INGIN JADIKAN MADRASAH TEMPAT SELAMAT BAGI SEMUA: (Dari kiri) Cik Khairiana, Ustaz Mohd Nor dan Cik Nafisah antara kakitangan madrasah yang telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19. Mereka menganggap ia penting demi keselamatan guru dan pelajar madrasah serta orang ramai. - Foto MUIS
INGIN JADIKAN MADRASAH TEMPAT SELAMAT BAGI SEMUA: (Dari kiri) Cik Khairiana, Ustaz Mohd Nor dan Cik Nafisah antara kakitangan madrasah yang telah mengambil dos pertama vaksin Covid-19. Mereka menganggap ia penting demi keselamatan guru dan pelajar madrasah serta orang ramai. - Foto MUIS -

LEBIH 600 kakitangan madrasah - guru dan bukan guru - telah dijemput mengambil vaksin Covid-19.

Kedua-dua Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan dan Ustaz Mohd Murat Md Aris. menyertai beberapa kakitangan madrasah mendapatkan dos pertama vaksin mereka kelmarin.

Ia bagi memberi kakitangan madrasah sokongan, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam satu kenyataan semalam.

Ustaz Dr Hannan berkata sedang Singapura menangani krisis paling teruk dalam generasi ini, guru adalah golongan penting mendapatkan vaksinasi.

"Mereka berinteraksi setiap hari dengan anak-anak kita, anak muda Singapura yang belum layak mendapat vaksinasi.

"Oleh itu, adalah penting guru diberi vaksin dan mengambil suntikan itu," katanya.

Ustaz Dr Hannan menambah bahawa beliau juga meraih inspirasi daripada sokongan kuat oleh asatizah dan madrasah dalam menekankan peri penting vaksinasi.

Antara mereka yang mengambil peluang untuk mendapatkan vaksinasi tersebut ialah Ustaz Mohd Nur Mustaqim Abdullah, seorang guru di Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah.

Berkongsi pengalamannya mengambil suntikan vaksin Covid-19, beliau berkata prosesnya cepat dan lancar.

"Saya telah lama menunggu untuk mendapatkan vaksin. Mereka sangat teliti semasa pemeriksaan pra-vaksinasi dan pascavaksinasi.

"Selanjutnya, suntikan itu dilakukan dengan teliti," ujar beliau.

Pengetua Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah, Cik Nafisah Ma'mun Suheimi, pula berkata vaksinasi itu satu keutamaan baginya sebagai seorang pendidik untuk jadikan madrasahnya tempat selamat bagi semua orang.

"Dengan tanggungjawab itu, guru-guru kami secara sukarela melaksana peranan bersama menjaga kesihatan diri melalui vaksinasi ini.

"Mendapatkan vaksin itu adalah keperluan untuk melindungi kehidupan pelajar kami supaya sekolah kami dapat berfungsi dengan selamat dan berkesan.

"Ini selaras dengan ajaran Islam yang memastikan keselamatan nyawa manusia dan perlindungan mata pencarian," ujar Cik Nafisah.

Mengongsi pandangan sama, Cik Khairiana Zainal Abiden, pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiah, berharap dengan vaksinasi itu, mereka dapat menyambung lebih banyak kegiatan sekolah dan menyediakan pengalaman pembelajaran bermutu bagi pelajar mereka.

"Kakitangan dan pendidik juga merupakan pekerja di barisan hadapan yang memberi perkhidmatan dalam pendidikan kepada pelajar kami.

"Oleh itu, adalah mustahak kami menyediakan persekitaran selamat bagi pelajar kami kerana kami bertemu mereka setiap hari," kata Cik Khairiana.

Dalam kenyataannya, Muis menggalakkan semua individu yang layak dari segi perubatan mendapat vaksin itu apabila diberi peluang.

"Jika anda harus mengambil vaksin ini pada Ramadan, ia tidak membatalkan puasa kita. Ini adalah tanggungjawab sosial kita," ujar Ustaz Dr Hannan.

KES COVID-19 DI SG - 25 MAC

KES BARU: 17

DALAM MASYARAKAT: 0

IMPORT: 17

DI DORMITORI: 0

JUMLAH KEMATIAN: 30

JUMLAH KESELURUHAN: 60,253

(Hingga 12 tengah hari semalam)

Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg