MASJID Abdul Hamid Kampung Pasiran ditutup hari ini (Khamis, 29 Apr) untuk kerja-kerja pembersihan dan penyahjangkitan dan akan dibuka semula untuk solat Jumaat esok, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Muis berkata, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memaklumkan bahawa seorang individu yang telah menunaikan solat Asar di masjid tersebut pada 16 April lalu telah disahkan positif Covid-19.
Dengan penutupan tersebut, semua solat termasuk solat Tarawih akan ditiadakan.
Muis juga sedang membantu MOH dalam usaha jejak kontak dan semua jemaah yang terjejas akan dihubungi untuk langkah susulan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg