Kes Covid-19 tersembunyi dalam masyarakat 'sangat membimbangkan': Lawrence Wong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Covid-19 tersembunyi dalam masyarakat 'sangat membimbangkan': Lawrence Wong

Jun 3, 2021 | 5:17 PM

Kes Covid-19 tersembunyi dalam masyarakat 'sangat membimbangkan': Lawrence Wong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MSF pada Rabu berkata 27 orang di MINDSville @ Napiri telah disahkan positif Covid-19.
MSF pada Rabu berkata 27 orang di MINDSville @ Napiri telah disahkan positif Covid-19. - TIMOTHY DAVID

KES Covid-19 "tersembunyi" yang terus tersebar dalam masyarakat kekal menjadi keprihatinanian, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Khamis (3 Jun), sambil menambah penularan koronavirus baru-baru ini di sebuah kemudahan bagi golongan dewasa berkeperluan khas adalah "peringatan tegas" hakikat tersebut. "Kami berhadapan dengan jenis virus yang sangat menular dan amat mudah menjangkit, yang dapat merebak lebih cepat daripada apa yang pernah kita tangani sebelumnya dan menyebabkan kelompok besar mudah terbentuk," kata Encik Wong dalam satu pesanan video di Facebook. "Jadi kita benar-benar perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan perlindungan dengan sangat serius," tambahnya. Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada Khamis pagi. "Kami telah memantau keadaan ini dengan hati-hati dan mempertimbangkan apa langkah-langkah berikutnya yang mungkin kami ambil," tambah Encik Wong, yang merupakan pengerusi bersama MTF. "Kami sangat prihatin dengan kes tersembunyi yang masih ada dalam masyarakat." Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Rabu berkata 27 orang - 23 penghuni dan empat kakitangan di MINDSville @ Napiri - telah disahkan positif Covid-19. Tidak ada penghuni yang meninggalkan kemudahan itu sejak 7 Mei, kecuali untuk janji temu perubatan, sementara kakitangan yang tinggal di situ dibenarkan keluar hanya untuk tujuan penting. Masih belum jelas berapa ramai kakitangan yang tinggal di sana. Daripada 225 penghuni dan kakitangan di sana, 91 peratus telah divaksin pada Februari dan Mac lalu, kata MSF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg