Kes denggi berkurang minggu lalu sedang Singapura masuk tempoh tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes denggi berkurang minggu lalu sedang Singapura masuk tempoh tinggi

May 24, 2016 | 11:57 AM

Kes denggi berkurang minggu lalu sedang Singapura masuk tempoh tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapura telah memasuki tempoh demam denggi biasanya tinggi dan NEA menggesa orang ramai supaya mengekalkan usaha pencegahan dan mengawal populasi nyamuk.
Singapura telah memasuki tempoh demam denggi biasanya tinggi dan NEA menggesa orang ramai supaya mengekalkan usaha pencegahan dan mengawal populasi nyamuk. - THE STRAITS TIMES

SEBANYAK 213 kes demam denggi dilaporkan minggu lalu, menurut angka terkini daripada laman web denggi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Jumlah itu berkurangan sedikit daripada 216 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 36 kes lagi dilaporkan dari Ahad (22 Mei) hingga 3.30 petang Isnin.

Dengan ini, sebanyak 7,968 kes virus bawaan nyamuk itu dilaporkan pada tahun ini.

Empat orang maut akibat denggi tahun ini, hampir sama dengan jumlah pada keseluruhan tahun lalu.

Minggu lepas, NEA memberi amaran bahawa Singapura telah memasuki tempoh demam denggi biasanya tinggi, dan menggesa orang ramai supaya mengekalkan usaha pencegahan dan mengawal populasi nyamuk.

Sebuah portal pendidikan mengenai denggi dan virus Zika juga dilancarkan Ahad lalu, memberi orang ramai akses mudah kepada maklumat mengenai cara menghalang dua virus itu daripada merebak.

Pada Isnin, terdapat 55 kelompok denggi, dengan tujuh diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.

Sebuah kawasan di Geylang merupakan kawasan risiko tertinggi dengan 58 kes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg