Kes denggi kekal tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes denggi kekal tinggi

Dec 6, 2022 | 5:30 AM

Kes denggi kekal tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KEKAL TINGGI: Walaupun kes denggi mingguan merosot kira-kira 80 peratus daripada puncaknya pada Mei, bilangan kes mingguan semasa antara 200 dan 300 masih tinggi untuk tahun ini. - Foto fail
KEKAL TINGGI: Walaupun kes denggi mingguan merosot kira-kira 80 peratus daripada puncaknya pada Mei, bilangan kes mingguan semasa antara 200 dan 300 masih tinggi untuk tahun ini. - Foto fail -

WALAUPUN kes denggi mingguan merosot kira-kira 80 peratus daripada puncaknya pada bulan Mei, bilangan kes mingguan semasa antara 200 dan 300 masih tinggi untuk tahun ini.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata dalam satu kenyataan bahawa bilangan kes mingguan semasa adalah kira-kira 20 peratus lebih daripada purata jumlah kes yang dilaporkan untuk tempoh yang sama dalam tiga tahun sebelumnya.

Memandangkan musim cuti akhir tahun semakin hampir, NEA menggesa rakyat Singapura untuk mengambil langkah pencegahan nyamuk sebelum melakukan perjalanan.

Memberi kemas kini mengenai situasi denggi pada 2022, NEA berkata jumlah kes denggi yang dilaporkan tahun ini, setakat 2 Disember 2022, ialah 30,969.

Ini hampir enam kali ganda bilangan kes yang direkodkan dalam keseluruhan 2021, dan kira-kira 90 peratus daripada jumlah kes yang direkodkan pada 2020.

Setakat 2 Disember 2022, NEA telah menutup kira-kira 97 peratus, atau 2,959 daripada 3,028, daripada kluster denggi yang dimaklumkan sejak awal tahun ini.

Namun, 69 kluster denggi kekal.

Kluster dengan kadar penularan denggi yang agak cepat terus muncul - seperti kluster yang mengakibatkan 37 kes di Pasir Ris Street 71 dan kluster yang mengakibatkan 19 kes di Jurong East Avenue 1.

Kebanyakan habitat pembiakan nyamuk di kluster denggi ini ditemui di dalam premis kediaman.

NEA terus bekerjasama dengan Penasihat Akar Umbi dan relawan masyarakat, untuk mendekati dan menasihati penduduk tentang usaha pencegahan denggi.

Dari Januari hingga November 2022, NEA menjalankan kira-kira 841,000 pemeriksaan denggi di seluruh negara, termasuk kira-kira 5,200 pemeriksaan di tapak pembinaan. Kira-kira 21,300 habitat pembiakan nyamuk Aedes ditemui.

Dalam tempoh yang sama, NEA mengeluarkan denda kepada 3,500 penduduk rumah kerana pembiakan nyamuk.

Mereka yang merancang pergi bercuti harus mengambil langkah tambahan untuk mencegah pembiakan nyamuk kerana terdapat kemungkinan air kekal bertakung di premis yang tidak digunakan.

Ini termasuk menutup semua mangkuk tandas; meletak racun serangga di tempat mana nyamuk berpotensi membiak; membersihkan serpihan; mengosongkan air dari pasu bunga dan membalikkan semua bekas simpanan air.

Peningkatan jumlah kes denggi yang tinggi pada tahun ini boleh mengakibatkan Singapura memasuki tahun berikutnya dengan bilangan kes denggi yang lebih tinggi.

Ini adalah situasi yang dialami pada 2019 dan 2021 apabila bilangan denggi akhir tahun adalah tinggi, dan tahun-tahun berikutnya menyaksikan wabak besar di Singapura.

Dalam musim cuti ini, NEA menggesa kewaspadaan dan agar semua orang membuang air bertakung dan mengemas rumah mereka dengan baik untuk menghalang nyamuk dan habitat pembiakan yang berpotensi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg