Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes denggi mingguan kekal tinggi, 279 dilapor minggu lalu

Ia merebak cepat di Hougang Avenue 1 dan 6, serta Lorong 4 Toa Payoh
Jan 19, 2023 | 6:11 PM
KEKAL WASPADA: Sehingga 18 Januari 2023 terdapat 82 kelompok denggi aktif, dengan 13 kelompok besar, iaitu yang mengandungi 10 atau lebih kes denggi. -
KEKAL WASPADA: Sehingga 18 Januari 2023 terdapat 82 kelompok denggi aktif, dengan 13 kelompok besar, iaitu yang mengandungi 10 atau lebih kes denggi. - - FOTO: NG SOR LUAN

JUMLAH kes denggi secara mingguan kekal tinggi sedang negara menyambut tahun baru 2023, dengan 279 kes dilaporkan minggu lalu. Ini hampir dua kali lebih tinggi berbanding bilangan kes yang dilaporkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dalam kenyataannya pada Khamis (19 Jan) memberi amaran bahawa jumlah kes denggi yang kekal tinggi pada awal tahun meningkatkan risiko lonjakan awal dalam jumlah kes pada bulan-bulan mendatang. Ini boleh membawa kepada satu lagi wabak denggi di Singapura tahun ini. Sehingga Rabu (19 Jan), terdapat 82 kelompok denggi aktif, dengan 13 kelompok besar, iaitu yang mengandungi 10 atau lebih kes denggi. Denggi jenis virus serotip 3 (DENV-3) kekal sebagai serotip utama yang merebak di serata Singapura. Imuniti penduduk Singapura terhadap DENV-3 adalah rendah, justeru lebih ramai orang lebih mudah terkena jangkitan jenis ini. NEA berkata jenis tersebut dikesan di 11 daripada 13 kelompok denggi besar. Denggi merebak secara cepat di kawasan seperti Hougang Avenue 1 dengan 81 kes; Lorong 4 Toa Payoh dengan 46 kes; dan Hougang Avenue 6 yang mencatat 34 kes. Pada bulan lalu, jumlah nyamuk Aedes aegypti kekal tinggi di Singapura, dan kira-kira 24 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya. Jumlah tinggi itu, jika digabung dengan penularan serotip DENV-3, memerlukan tindakan kolektif segera untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dengan membuang air bertakung, kata NEA. Habitat pembiakan nyamuk Aedes yang paling biasa ditemui di rumah tahun lalu adalah bekas yang terdapat di rumah, dulang pasu bunga, dan bekas hiasan seperti pasu. "Sedang musim perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, rumah dan premis lain dihiasi dengan lebih banyak tumbuh-tumbuhan sebagai hiasan. "Menjangkakan ini, NEA telah meningkatkan pemeriksaan di semua tapak semaian tumbuh-tumbuhan," kata NEA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg