Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes dua pendayung kayak S'pura hilang: Nelayan temui kayak terdampar di pantai Kuantan namun pendayung tidak dijumpai

Aug 13, 2019 | 4:03 PM
KAYAK DITEMUI: Kayak hijau milik dua pendayung Singapura yang hilang sejak Khamis lalu telah dijumpai di pantai Kuantan. Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Malaysia dimaklumkan mengenai kayak itu oleh seorang nelayan pada 12.30 petang hari ini (13 Ogos). Foto ST OLEH ARIFFIN JAMAR.
KAYAK DITEMUI: Kayak hijau milik dua pendayung Singapura yang hilang sejak Khamis lalu telah dijumpai di pantai Kuantan. Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) Malaysia dimaklumkan mengenai kayak itu oleh seorang nelayan pada 12.30 petang hari ini (13 Ogos). Foto ST OLEH ARIFFIN JAMAR. -

SEORANG nelayan telah menjumpai kayak hijau milik dua pendayung Singapura yang hilang sejak Khamis lalu (8 Ogos), namun keberadaan Encik Tan Eng Soon, 62 tahun, dan Cik Puah Geok Tin, 57 tahun, masih menjadi tanda tanya.

Akhbar The Straits Times difahamkan kayak tersebut dijumpai di pantai Kuantan, lebih 200km dari Mersing, Johor, dari mana pasangan itu telah memulakan aktiviti pendayungan mereka bersama 13 pendayung lain dari Singapura pada cuti panjang minggu lalu.

Beg Encik Tan, yang mengandungi telefon bimbit dan kad PAssionnya, telah dijumpai dalam kayak yang terdampar itu.

Keluarga beliau telahpun dimaklumkan tentang penemuan kayak tersebut apabila nelayan yang menjumpai kayak tersebut menggunakan telefon Encik Tan untuk menghubungi mereka melalui Whatsapp.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg