Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes import membentuk sebahagian besar kes baru Covid-19: MOH

Oct 1, 2020 | 11:21 PM
KEBANYAKAN KES BARU DIIMPORT: Kementerian Kesihatan (MOH) mengenal pasti 15 kes import dalam kalangan 19 kes baru Covid-19 sebagaimana yang didedahkan dalam kenyataan pada Khamis malam (1 Oktober). - Foto AFP
KEBANYAKAN KES BARU DIIMPORT: Kementerian Kesihatan (MOH) mengenal pasti 15 kes import dalam kalangan 19 kes baru Covid-19 sebagaimana yang didedahkan dalam kenyataan pada Khamis malam (1 Oktober). - Foto AFP -

KES import jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) membentuk sebahagian besar daripada kes baru virus tersebut di sini.

MOH, dalam kenyataannya Khamis malam (1 Oktober), menjelaskan daripada 19 kes baru yang dikesan, 15 daripadanya adalah kes import.

Mereka terdiri daripada tiga warga Singapura, dua Penduduk Tetap (PR), dua pemegang pas kerja, seorang pemegang permit kerja, dua pemegang pas pelajar, seorang pemegang pas lawatan jangka pendek dan empat pemegang pas khas.

Tiga kes melibatkan warga Singapura dan Penduduk Tetap ini adalah mereka yang kembali ke Singapura dari Indonesia dan India.

Tiga pemegang pas kerja dan permit kerja yang bertugas di Singapura pula datang dari Perancis, Filipina dan India.

Dua pemegang pas pelajar dan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek pula datang dari India.

Lelaki 65 tahun yang memiliki pas lawatan jangka pendek ini dibenarkan masuk ke Singapura kerana beliau pernah menerima jagaan perubatan di Singapura dan kembali ke sini bagi rawatan lanjutan.

Dalam pada itu, MOH juga menjelaskan bilangan kes baru yang dilaporkan adalah 19 dan bukannya 21 sepertimana yang didedahkan dalam kenyataan Khamis petang (1 Oktober).

Ini memandangkan dua kes masyarakat yang dilaporkan positif Covid-19 sebelum ini didapati tidak mempunyai virus tersebut selepas ujian lanjutan.

Sebelum ini situasi mereka di perantaraan antara positif dan negatif.

MOH menambah, kesemua langkah kesihatan awam yang diperlukan telah diambil lebih awal lagi dengan tiada satu kes pun atau kontak mereka terdedah pada risiko jangkitan.

Satu kes masyarakat yang disahkan positif berkait dengan kes sebelum ini serta dikenal pasti dalam tempoh kuarantin.

Sementara itu, 24 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Sebanyak 44 kes pula masih di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg