Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes kedua cacar monyet tempatan dilapor

Jul 15, 2022 | 5:30 AM
3c5c5af1-b020-497b-a937-76089b06b6c6
-

SINGAPURA telah mengesahkan kes cacar monyet, atau monkeypox, tempatan kedua kelmarin, menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di sini kepada lima.

Dalam satu perkembangan terkini oleh Kementerian Kesihatan (MOH), ia mengatakan bahawa pesakit itu merupakan lelaki warga Britain berusia 48 tahun yang tinggal di Singapura, yang diuji positif bagi kes cacar monyet kelmarin.

Beliau kini dirawat di hospital Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan keadaannya stabil.

Pesakit itu dikatakan telah menghidapi ruam di bahagian sekitar dubur, pada 6 Julai dan mengalami demam pada 11 Julai.

Beliau mendapatkan rawatan perubatan kelmarin dan dimasukkan ke NCID.

MOH berkata pengesanan kontak sedang dijalankan. Ia berkata kes itu tidak dikaitkan dengan mana-mana kes cacar monyet yang dilaporkan sebelum ini di sini.

Kes keempat, kes jangkitan diimport yang dilaporkan pada 8 Julai, merupakan seorang lelaki warga India berusia 30 tahun yang tinggal di Singapura dan baru-baru ini pulang dari Jerman.

Beliau mengalami ruam di bahagian 'groin' hujung bulan lalu dan mendapatkan rawatan perubatan setelah mengalami demam.

Kes tempatan sebelum ini adalah seorang lelaki warga Malaysia berusia 45 tahun yang tinggal di Singapura. Beliau mengalami lesi kulit di bahagian perut bawah pada 30 Jun.

Beliau kemudian rasa letih dan bengkak nodus limfa, sebelum mengalami sakit tekak dan demam.

Semua kenalan rapat kes tempatan ini telah diletakkan di bawah kuarantin selama 21 hari.

Tiada satu pun kes yang dilaporkan di sini setakat ini dikaitkan.

Cacar monyet adalah penyakit virus yang jarang berlaku, dengan mereka yang dijangkiti biasanya mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang, bengkak nodus limfa, menggigil, lesu dan ruam kulit.

Kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Namun begitu, MOH berkata bahawa kanak-kanak kecil, wanita hamil dan individu yang lemah imun adalah antara mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit yang teruk.

Kira-kira 9,200 kes cacar monyet telah dilaporkan di 63 negara tahun ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Selasa lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg