Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes kelar kucing di Ang Mo Kio: Lelaki 37 tahun didakwa di mahkamah pada Rabu

Jun 9, 2021 | 1:38 AM
Foto FACEBOOK NING WONG
Foto FACEBOOK NING WONG -

SEORANG lelaki 37 tahun akan didakwa di mahkamah pada Rabu (9 Jun) kerana dituduh terlibat dalam siri kes kelar kucing di Ang Mo Kio, kata Lembaga Taman Negara (NParks) pada Selasa malam (8 Jun).

Lelaki itu ditangkap pada pagi Selasa oleh Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) di bawah NParks dengan sokongan polis.

Dia akan didakwa di mahkamah dengan kesalahan kekejaman ke atas haiwan.

Sebanyak 10 kucing ditemui dengan kelaran yang dalam pada tubuh mereka sejak lewat April.

Serangan itu berlaku di Ang Mo Kio Avenue 8 dan Ang Mo Kio Avenue 1.

Kerana ancaman daripada serangan ini, beberapa ekor kucing kejiranan telah ditempatkan di kemudahan penginapan haiwan di Lim Chu Kang dan di The Animal Lodge, lapor akhbar Today, yang ditukil The Straits Times.

Sebagai respons kepada pertanyaan media, Pengarah Kumpulan Pengurusan Haiwan Kemasyarakatan, Cik Jessica Kwok, berkata:

"Melindungi kebajikan haiwan adalah tanggungjawab sosial bersama. Orang awam boleh memainkan peranan mereka dengan segera melaporkan kes kekejaman terhadap haiwan yang disyaki kepada AVS."

Beliau menambah AVS boleh dihubungi menerusi laman www.avs.gov.sg/feedback atau talian 1800-476-1600.

Beliau berkata semua bukti termasuk video dan gambar akan membantu sebarang siasatan dengan maklumat yang dikongsi dengan AVS akan dirahsiakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg