Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes kematian Felicia Teo: Rayuan lelaki dibebas tuduhan bunuh ditolak

Mar 10, 2023 | 5:30 AM
1e5193de-0f36-4979-b42d-37c2b8719c7b
-

RAYUAN seorang lelaki yang didakwa membunuh pelajar seni, Felicia Teo, pada 2007 agar dibebaskan daripada tuduhan membunuh pada Khamis ditolak oleh Ketua Hakim Sundaresh Menon.

Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee, 38 tahun, meminta agar dia dapat dilepaskan hingga membawa kepada pembebasan, lapor The Straits Times (ST).

Rayuan itu, jika diterima, akan secara amnya mengecualikan Ahmad daripada tuduhan itu tanpa perbicaraan.

Cik Teo dilaporkan hilang pada 2007 semasa beliau berusia 19 tahun.

Ahmad salah seorang individu yang bersamanya sewaktu beliau kali terakhir dilihat masih hidup.

Sebahagian tengkorak, yang kemudian dikenal pasti milik wanita itu, ditemui pada Jun 2010 apabila kerja penggalian dilakukan di Punggol.

Ketua Hakim, yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, memaklumkan bahawa Ragil Putra Setia Sukmarahjana, yang didakwa terlibat dalam kematian Cik Teo, masih lagi bebas.

Beliau berkata Ragil dianggap sebagai satu kunci siasatan yang masih hidup dan berdasarkan keadaan semasa, tuduhan membunuh itu tidak boleh dilanjutkan sehingga dia ditemui.

Polis telah menyoal siasat Ahmad apabila Cik Teo dilaporkan hilang, namun Ahmad berkata dia tidak tahu apa yang berlaku.

Pada 2020, satu semakan terhadap kes itu menyebabkan Ahmad disoal siasat lagi, kali dia mendedahkan bahawa dia terlibat dalam kegiatan membuang mayat Cik Teo, menyeleweng harta bendanya dan tidak bersikap jujur sewaktu disiasat pada 2007.

Oktober lalu, Ahmad dihukum jel 26 bulan atas empat tuduhan berkait kematian Cik Teo.

Berkenaan tuduhan membunuh, dia dilepaskan namun tidak membawa kepada pembebasan oleh seorang hakim daerah pada Julai 2022.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg