Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes NSF SCDF maut: NSF beri senyuman takut selepas kejadian 'ragging' disebut

Jun 12, 2019 | 3:23 PM
KES NSF SCDF MAUT: Koperal Kok mati lemas dalam satu kejadian 'ragging' selepas memasuki perigi pam di Balai Bomba Tuas View.
KES NSF SCDF MAUT: Koperal Kok mati lemas dalam satu kejadian 'ragging' selepas memasuki perigi pam di Balai Bomba Tuas View. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES, SCDF

APABILA rakan sekerjanya meneriakkan "kolam, kolam" berulang kali, anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) Koperal Kok Yuen Chin hanya membalas dengan senyuman berbaur ketakutan.

Upacara 'kolam' itu melibatkan pegawai memasuki perigi pam sedalam 12 meter di Balai Bomba Tuas View.

NSF Mohamed Rabik Atham Ansari berkata beliau sudah cukup kenal dengan Koperal Kok, 22 tahun, untuk membezakan antara senyumannya.

"Saya cukup kenal dengan Koperal Kok dan saya tahu kalau dia senyum dengan takut," katanya semasa memberi keterangan di mahkamah hari ini (12 Jun) pada hari ketiga perbicaraan dua pegawai SCDF - Kenneth Chong Chee Boon, 38 tahun, seorang leftenan; dan Nazhan Mohamed Nazi, 40 tahun, seorang pegawai waran kanan pertama.

Chong dan Nazhan masing-masing dituduh membantu dalam satu tindakan terburu-buru dengan berdiam diri sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

Koperal Kok mati lemas selepas beliau ditolak ke dalam perigi pam di Balai Bomba Tuas View bagi meraikan Tempoh Tamat Perkhidmatannya (ORD) pada pada 13 Mei 2018.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg