Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes pandu semasa mabuk bertambah dalam Fasa Kedua

Dec 23, 2020 | 8:55 PM
Kes memandu semasa mabuk bertambah sejak Julai lalu, kata Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pada 23 Disember 2020. - FOTO: Fail
Kes memandu semasa mabuk bertambah sejak Julai lalu, kata Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pada 23 Disember 2020. - FOTO: Fail -

BILANGAN individu yang ditangkap bagi kesalahan memandu semasa mabuk telah meningkat sejak Fasa Dua pembukaan semula ekonomi bermula di sini, daripada 118 kes pada Julai kepada 150 kes September lalu,

Demikian diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim di pelancaran kempen cegah memandu semasa mabuk yang diadakan secara maya pada Rabu (23 Dis).

Beliau juga menggesa agar orang ramai berwaspada semasa musim perayaan hujung tahun ini sekiranya mereka ingin menyambutnya bersama teman atau keluarga sambil meminum arak.

"Sedang kami memasuki musim perayaan akhir tahun ini, ramai akan mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan teman dan keluarga sambil memakan dan ada yang mungkin ingin menikmati minuman arak.

"Jika anda ingin berbuat demikian, harap gunakan pengangkutan awam dan jangan memandu... jika anda ingin memandu, harap dapatkan khidmat valet untuk menghantar anda pulang," katanya dalam ucapan menerusi video yang diterbitkan di laman Facebook Use Your Road Sense yang dikendalikan Polis Trafik Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg